Ulik Mayang



Klik disini untuk dengar lagu

Lirik Lagu :

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

Pulau Kapas


Pulau Kapas yang terletak kira-kria 6km dari pinggir pantai Marang ialah sebuah pulau yang tersohor dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai. Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk ketenangan dan berehat. Pelbagai jenis batu karang lembut dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi penyelam skuba dan perenang snokel yang arif.

Suasana pulau yang santai ini memberi keselesaan kepada pelawat untuk berehat di sini. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti di sini untuk memenuhi masa lapang anda. Pilih sahaja kesukaan anda : menyelam, berenang, snokel, luncur papan air, kayak, menaiki bot atau memancing.

Kebaya

Kebaya adalah blaus tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari bahan tipis yang dikenakan dengan batik sarung, atau pakaian tradisional lainnya seperti songket dengan motif warna-warni.

Kebaya dipercaya berasal dari Tiongkok ratusan tahun yang lalu. Lalu disebarkan ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah zaman mengalami revolusi selama beratus tahun, pakaian itu diterima sebagai budaya setempat mengikut gaya dan corak dari imej sesuatu tempat.

Sebelum 1600, di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan keluarga kerajaan di sana. Selama Belanda menjajah pulau itu, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Selama masa ini, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.

-Sumber dari WIKIPEDIA

Festival Gamelan Sedunia 2010


Pada tanggal 23 Julai 2010, telah berlangsung satu peristiwa yang bersejarah di negeri Terengganu. Pihak Muzium Negeri telah mengajurkan satu festival gamelan yang menyaksikan pertambahan penyertaan peserta dari seluruh pelusuk dunia.
[Gambar akan diupload kemudian]